Zufar Adzahan

Zufar Adzahan adalah seorang usahawan yang aktif dalam bidang kejuruteraan akustik dan merupakan peminat seni muzik. Beliau memulakan perjalanan keusahawanannya pada 2014 seawal usia 29 tahun, dengan dorongan yang kuat untuk memiliki kebebasan sepenuhnya untuk membentuk masa depannya. Sebelum mendirikan perniagaannya sendiri, Zufar dilatih di Nagata Acoustics Inc., (Tokyo) dan Istiq Noise Control Sdn Bhd (Kuala Lumpur) sebagai ahli akustik, di mana beliau memanfaatkan pengalamannya dalam bidang kejuruteraan akustik dan keusahawanan.

Zufar merupakan pelajar kepada pengasas Carabetul, Abdul Razak Manaf. Beliau menyertai program Entrepreneur Journey pada tahun 2015 dan masih menjalaninya untuk mengembangkan perniagaan dan pengaruhnya dalam industri akustik seni bina. Beliau kini menjadi pemilik bersama kepada empat syarikat akustik bermula dengan KHAN Acoustics dan kemudian menubuhkan GEMA Acoustics, SCAN Acoustics dan Kantan Panel untuk menembusi pasaran yang berbeza. Misi hidupnya adalah untuk memiliki warisan perniagaan yang akan memberi manfaat kepada generasi akan datang dari segi penyediaan kepada penyelesaian yang melibatkan akustik.

Zufar mengekalkan hubungan positif dengan rangkaiannya yang kian membesar dan bekerjasama dengan mereka dalam mengembangkan program dan aktiviti sosioekonomi. Beberapa pencapaian yang dimanfaatkan dari sifatnya yang suka menceburi peluang yang ada adalah:

  1. Menjadi perantis Malaysia pertama di Nagata Acoustics Inc. (Tokyo), sebuah syarikat yang bertanggungjawab untuk membangunkan sistem akustik di Walt Disney Concert Hall, Los Angeles.
  2. Mempersembahkan kertas putih (white paper) mengenai sistem akustik Masjid di dua persidangan antarabangsa iaitu Persidangan Akustik Pasifik Barat yang ke-12 (Singapura) dan Persidangan Antarabangsa yang ke-2 bagi Seni Bina Masjid (Kuala Lumpur).
  3. Seorang penyelidik bersama dalam kertas kajian yang telah dibentangkan di Kongres dan Pameran Kejuruteraan Bunyi (AS) ke-44 dan Persidangan Antarabangsa Mengenai Bunyi dan Getaran yang ke-24 (London).
  4. Menubuhkan kumpulan pergerakan kesedaran mengenai pembangunan akustik, yang dinamakan Building Acoustics Yumcha, bersama ahli dari pemain industri, ahli akademik dan agensi kerajaan yang bekerjasama dengan Kumpulan Getaran dan Akustik Malaysia (SVAM).
  5. Menjalinkan hubungan dua hala antara Universiti Oita dan Sekolah Menengah Omiya Miyazaki dengan Sekolah Menengah Agama Tun Rahah dalam bidang seni muzik perkusi.
  6. Aktif dalam mempromosikan muzik Malaysia kepada peminat di Amerika Syarikat melalui portal Stagelt.com
  7. Telah membuat persembahan bersama pelbagai kumpulan di Jepun, Brunei dan Indonesia.
  8. Satu-satunya pemain perkusi Malaysia dalam produksi anime Jepun, "The Promised Neverland".
  9. Menubuhkan kumpulan sokongan perniagaan Islam, "Usrah Usahawan" bersama seorang pendakwah selebriti iaitu Ustaz Wan Akashah Wan Abdul Hamid (personaliti televisyen bagi siri "Semanis Kurma").
  10. Mewujudkan siri video Ceramah Agama secara atas talian yang bertajuk “Bunyi Masjid" yang telah memberi manfaat kepada puluhan pendakwah di Malaysia sewaktu situasi pandemik Covid-19.