MODUL 3 – Pemilihan segmen pasaran dan mengenalpasti peluang perniagaan
Tawaran Pengenalan - RM550 sahaja (Harga Biasa RM600)
Daftar hari ini!
Semua perniagaan bermula dengan satu idea untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau memenuhi keperluan pasaran sasaran. Pemilihan segmen pasaran sasaran merupakan satu keputusan yang penting dalam memulakan langkah keusahawanan kerana tiada perniagaan yang dapat memenuhi keperluan kesemua pasaran yang ada.
Setelah memilih segmen pasaran, adalah penting untuk menentukan apakah perkara-perkara utama yang pelanggan anda ingin lakukan. Kemudian, kenalpasti apakah masalah-masalan utama yang perlu mereka selesaikan dan apakah keperluan mereka yang masih belum dapat dipenuhi. Langkah seterusnya adalah membangunkan produk atau perkhidmatan yang tepat untuk menyelesaikan masalah dan memenuhi keperluan pelanggan sasaran itu. Ini membolehkan perniagaan baru tersebut untuk fokus kepada pasaran yang belum diberikan tumpuan. BUSINESS RICHES ARE IN THE NICHES
Ada panduan-panduan yang boleh digunakan untuk menentukan pasaran mana yang harus dipilih dan peluang mana yang harus diberi fokus. Ada juga cara bagaimana untuk mengenalpasti peluang yang harus diterokai. Ia memerlukan pengunaan PTT (Proses, Alatan dan Teknik) ujian yang tepat.
Peserta akan didedahkan dengan pelbagai cara untuk mengenalpasti segmen pasaran yang paling menguntungkan dengan peluang perniagaan yang ingin ditawarkan. Mereka akan diajar bagaimana untuk menjalankan ujian bagi mengesahkan yang mereka berada di jalan yang betul.
Hala Tuju Pembelajaran untuk EJ1
Module 3 is the third instalment of our 6-part Modular Online Workshops for Entrepreneur Journey Phase 1 (EJ1): Explore & Discover. To find out more about all the 6 modules, klik di sini >>
EJ FASA 1 : PENEROKAAN & PENEMUAN
- Modul 1 - Mengamalkan Mindset Keusahawanan dan menyiapkan diri untuk perjalanan keusahawanan | Dapatkan maklumat lebih lanjut atau mendaftar >>
- Modul 2 - Mengaplikasi kaedah Lean Startup serta teknik-teknik untuk menguji andaian dalam perniagaan | Dapatkan maklumat lebih lanjut atau mendaftar >>
- Pemilihan segmen pasaran dan mengenalpasti peluang perniagaan
- Modul 4 - Membangunkan ciri-ciri produk dan nilai -nilainya (Value Propositions) | Dapatkan maklumat lebih lanjut atau mendaftar >>
- Modul 5 - Membangunkan ciri-ciri produk dan nilai -nilainya (Value Propositions) | Dapatkan maklumat lebih lanjut atau mendaftar >>
- Modul 6 -Membangunkan dan mengesahkan Model Perniagaan & Pelan Pelaksanaan | Dapatkan maklumat lebih lanjut atau mendaftar >>