MODULE 6 – Creating and Validating Business Models and Execution Plan

Tawaran Pengenalan - RM550 sahaja (Harga Biasa RM600)

Daftar hari ini!

Mengenai Modul 6

Model Perniagaan atau Business Model merupakan versi ringkas bagaimana perniagaan beroperasi dan menjana wang. Ia perlu dilengkapkan sebelum membangunkan pelan perniagaan.

Business Model Canvas (BMC) adalah satu alat untuk menangkap unsur-unsur utama sesuatu perniagaan untuk mencipta dan menyampaikan sesuatu nilai dari perniagaan itu serta memperolehi ganjaran dari nilai tersebut.

Terdapat sembilan bahagian dalam BMC. Ia menangkap unsur-unsur utama perniagaan yang bermula dengan faedah atau nilai yang dicadangkan kepada pasaran sasaran, bagaimana perniagaan berinteraksi dengan pelanggan dan aliran pendapatan yang dijangkakan. Di bahagian operasi perniagaan pula, BMC menunjukkan sumber yang diperlukan untuk menjalankan semua aktiviti perniagaan termasuk penglibatan bersama rakan kongsi perniagaan. Ia juga menunjukkan struktur kos perniagaan.

Fasa Penerokaan & Penemuan dalam perjalanan seorang usahawan menghasilkan satu Model Perniagaan (Busines Model) dengan BMC. BMC memberikan banyak faedah seperti membantu sesebuah startup untuk menstrukturkan idea perniagaan mereka secara visual dalam satu kanvas. Ianya boleh disempurnakan dengan pantas, kerana ianya bermula dengan hanya menangkap andaian-andaian untuk diuji dan disahkan. Ia memberikan pandangan yang holistik akan sesuatu perniagaan itu dan menjadi dokumen asas untuk perbincangan dan rujukan. Oleh sebab ianya bersifat sementara (sehingga ia disahkan sepenuhnya), ini memberikan kebebasan untuk mengemaskini dan penyerasian maklumat dengan mudah dan cepat.

BMC tidak bertujuan untuk menggantikan Pelan Perniagaan (Business Plan). Ia merupakan pendahuluan kepada Pelan Perniagaan, dimana ia boleh mengatasi kelemahan-kelemahan dalam menggunakan Pelan Perniagaan sebagai alat utama untuk memulakan sesuatu perniagaan.

Carabetul menggunakan Model Perniagaan (Business Model) yang telah disahkan dalam membangunkan Pelan Pelaksanaan. Modul 6 akan menyediakan peserta dengan PTT untuk membuat dan mengesahkan Model Perniagaan menggunakan BMC dan pelbagai teknik ujian.

Maklumat Lanjut mengenai semua Modul
Hala Tuju Pembelajaran untuk EJ1

Module 6 completes our 6-part Modular Online Workshops for Entrepreneur Journey Phase 1 (EJ1): Explore & Discover. To find out more about all the 6 modules, klik di sini >>

EJ FASA 1 : PENEROKAAN & PENEMUAN
  1. Modul 1 - Mengamalkan Mindset Keusahawanan dan menyiapkan diri untuk perjalanan keusahawanan | Dapatkan maklumat lebih lanjut atau mendaftar >>
  2. Modul 2 - Mengaplikasi kaedah Lean Startup serta teknik-teknik untuk menguji andaian dalam perniagaan | Dapatkan maklumat lebih lanjut atau mendaftar >>
  3. Modul 3 - Menjana & memilih Idea perniagaan | Dapatkan maklumat lebih lanjut atau mendaftar >>
  4. Modul 4 - Membangunkan ciri-ciri produk dan nilai -nilainya (Value Propositions) | Dapatkan maklumat lebih lanjut atau mendaftar >>
  5. Modul 5 - Membangunkan ciri-ciri produk dan nilai -nilainya (Value Propositions) | Dapatkan maklumat lebih lanjut atau mendaftar >>
  6. Modul 6 - Membangunkan dan mengesahkan Model Perniagaan & Pelan Pelaksanaan
parallax background

DAFTAR HARI INI!

 
[ninja_form id=6]

PAYMENT INSTRUCTIONS