ENTREPRENEUR JOURNEY
Sekiranya anda terlepas aliran FB Premiere LIVE kami pada 21 Mei 2021, anda kini boleh menontonnya di sini!
Ikutilah 30 minit FB LIVE WEBINAR kami
Program ENTREPRENEUR JOURNEY ini membantu sesiapa yang ingin menjadi seorang peniaga atau usahawan. Kami ingin berkongsi pengalaman dan pembelajaran untuk memulakan sesuatu perniagaan dengan cara yang sistematik dan pragmatik kepada bakal-bakal usahawan untuk mereka meraih potensi dan merealisasikan impian mereka
Menjadi seorang usahawan merupakan satu perjalanan. Kami berhasrat untuk memulakan anda di jalan yang betul dari mula lagi.
Seorang usahawan akan menjalani LIMA FASA dalam perjalanan keusahawanannya
- EJ Fasa 1: Penerokaan dan Penemuan | Lanjut >>
- EJ Fasa 2 : Pelaksanaan & Pengurusan
- EJ Fasa 3: Naik Taraf & Berkembang
- EJ Fasa 4: Inovasi & Transformasi
- EJ Fasa 5: Keluar & Cash Out
Anda juga akan belajar menggunakan beberapa PROSES, ALATAN & TEKNIK (PTT) untuk memberi pencerahan kepada idea perniagaan anda dan membolehkan anda membuat keputusan yang sewajarnya tentang bagaimana untuk memulakan pernigaan dengan cara yang betul. Ini adalah untuk meningkatkan peluang untuk berjaya dan mengurangkan risiko kegagalan,
INTERAKTIF
EJ adalah satu program Latihan & Coaching berbentuk interaktif dan mengajar bahan-bahan yang praktikal yang dapat memberi panduan kepada anda yang mempunyai keinginan untuk menjadi seorang peniaga atau usahawan.
MENYIAPKAN DIRI
Program ini juga akan membantu peserta-peserta bagaimana untuk menyiapkan diri untuk menjadi seorang peniaga atau usahawan dilengkapi dengan mindset dan perlakuan yang betul.
ALATAN & TEKNIK YANG PRAKTIKAL
Satu faedah yang jelas boleh didapati dari program ini ialah ianya satu program yang memberi panduan kepada peserta secara praktikal menggunakan beberapa proses, alatan & teknik yang berkesan tentang bagaimana untuk memulakan satu perniagaan yang boleh bertahan lama serta menguntungkan.
PEMBELAJARAN YANG BERHARGA
Peserta yang menyertai program ini akan dapat meningkatkan keyakinan diri, mengoptimasikan masa serta sumber. Ianya juga dapat mengurangkan kesusahan dalam memulakan sesuatu perniagaan. Program ini dapat menolong peserta untuk mengurangkan risiko kegagalan dan menaikkan peluang kejayaan.
JURULATIH DAN COACH YANG BERPENGALAMAN
Program ini akan dikendalikan oleh pemilik perniagaan atau usahawan. Mereka semua ada perniagaan sendiri dan telah mengalami pahit dan manisnya berniaga. Mereka juga adalah pelatih dan coach yang berpengalaman. Dengan itu, mereka akan membawa pengalamana-pengalaman mereka sebagai seorang usahawan ke program Entreprenur Journey ini, untuk memberi reality kepada program tersebut.
PROSES-PROSES YANG MANTAP
Sebagai peserta, anda akan dilengkapkan dengan proses-proses, alatan dan Teknik-teknik tentang bagaimana untuk ‘meneroka’ peluang-peluang perniagaan dan juga bagaimana untuk membangunkan produk atau perkhidmatan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pelanggan.
LEAN STARTUP METHODS
Anda akan di ajar untuk ‘menguji’ idea-idea perniagaan anda, produk atau perkhidmatan dan juga model perniagaan anda untuk memastikan yang ianya adalah wajar, boleh dilaksanakan dan berdaya maju
TEKNIK-TEKNIK ‘BUSINESS MODEL’
Anda juga akan diajar bagaimana untuk menjana satu perniagaan dengan mengaplikasikan Teknik-teknik ‘Business Model’.
EJ FASA 1: PENEROKAAN & PENEMUAN
EJ Fasa 1 MODUL-MODUL BENGKEL DALAM TALIAN
Kami akan mengadakan siri Bengkel Dalam Talian kami dalam 6 modul yang berasingan
5 Jun 2021 (Rescheduled)
Module 1: Mengamalkan Mindset Keusahawanan dan membuat Persiapan untuk Memulakan Perjalanan Keusahawanan
MAKLUMAT LANJUT | DAFTAR SEKARANG >TBC
Module 2:Mengaplikasi dan Kaedah Lean Startup dan Teknik Ujian
MAKLUMAT LANJUT | DAFTAR SEKARANG >TBC
Module 3: Pemilihan Segmen Pasaran dan Pengenalpastian Peluang
MAKLUMAT LANJUT | DAFTAR SEKARANG >TBC
Module 4: Menjana dan memilih Idea perniagaan
MAKLUMAT LANJUT | DAFTAR SEKARANG >TBC
Module 5: Membangunkan Ciri-Ciri Produk dan Saranan Nilai (Value Proposition)
MAKLUMAT LANJUT | DAFTAR SEKARANG >TBC
Module 6: Membangunkan dan Mengesahkan Model Perniagaan (Business Model) dan Plan Pelaksanaan
MAKLUMAT LANJUT | DAFTAR SEKARANG >
Modul 1 – Mengamalkan Mindset Keusahawanan dan membuat Persiapan untuk Memulakan Perjalanan Keusahawanan – Adopting Entrepreneurial Mindset and Preparing for the Journey
5 Jun 2021 (Rescheduled) | DAFTAR SEKARANG >
Membuat PERSIAPAN untuk sesuatu perjalanan adalah penting. Memulakan sesuatu perniagaan dan menjadi seorang usahawan merupakan satu perubahan besar dalam hidup seseorang. Oleh itu, amat penting bagi kita untuk mengetahui MENGAPA kita ingin melakukannya. Peserta akan dibantu untuk mengetahui dan mendalami MENGAPA mereka ingin menceburkan diri dalam perniagaan.
Persiapan pra-perjalanan yang lain boleh dibahagikan kepada beberapa aspek iaitu: Mental termasuk Mindset, Emosi, Sosial, Fizikal dan akhir sekali, Kewangan.
Walaupun kesemua aspek tersebut adalah penting, menerapkan MINDSET KEUSAHAWANAN adalah aspek yang paling utama. Mindset yang kita perolehi merupakan hasil kepercayaan kita. Peserta akan dibantu untuk mengenalpasti dan mengubah kepercayaan mereka yang menghalang kemampuan dan potensi mereka untuk menjadi ahli perniagaan dan usahawan yang berjaya.
Modul ini akan menerangkan tindakan yang diperlukan dan menyediakan PROSES, ALATAN DAN TEKNIK (PTT) yang berguna kepada peserta dalam persiapan pra-perjalanan keusahawanan mereka.
Modul 2 - Mengaplikasi dan Kaedah Lean Startup dan Teknik Ujian – Applying Lean Startup Methods and Testing Techniques
19 Jun 2021 (TBC) | DAFTAR SEKARANG >
Kaedah LEAN STARTUP adalah satu proses yang cekap dan berkesan dalam memulakan satu perniagaan yang baru. Ia mencabar kaedah tradisional yang semakin tidak sesuai untuk persekitaran perniagaan masa kini yang pantas berubah
Kaedah Lean Startup menekankan penggunaan cara yang betul untuk mengembangkan idea menjadi model perniagaan yang berdaya maju dengan menggunakan PTT (PROSES, ALATAN DAN TEKNIK) yang telah diuji dengan baik. Kaedah sistematik ini menekankan pengujian dan pengesahan andaian-andaian yang penting dalam sesuatu perniagaan baru. Dengan berbuat demikian, ia membantu mereka yang ingin memulakan perniagaan dari melakukan perkara-perkara yang tidak betul.
Akhir sekali, pendekatan Lean Startup yang ‘ITERATIVE’ atau pengulangan yang menekankan kepada pengujian & pengesahan andaian-andaian dalam sesuatu perniagaan ini akan mengurangkan risiko kegagalan pernigaan dan meningkatkan kebarangkalian untuk berjaya. Kaedah Carabetul dalam memulakan sesuatu perniagaan ialah berdasarkan pendekatan Lean Startup.
Peserta akan didedahkan dengan konsep Lean Startup dan akan diajar menggunakan PTT yang bersesuaian untuk menjalankan ujian bagi mengesahkan idea-idea penting didalam sesuatu perniagaan.
Modul 3 - Pemilihan Segmen Pasaran dan Pengenalpastian Peluang
3 Jul 2021 (TBC) | DAFTAR SEKARANG >
Semua perniagaan bermula dengan satu idea untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau memenuhi keperluan pasaran sasaran. Pemilihan segmen pasaran sasaran merupakan satu keputusan yang penting dalam memulakan langkah keusahawanan kerana tiada perniagaan yang dapat memenuhi keperluan kesemua pasaran yang ada.
Setelah memilih segmen pasaran, adalah penting untuk menentukan apakah perkara-perkara utama yang pelanggan anda ingin lakukan. Kemudian, kenalpasti apakah masalah-masalan utama yang perlu mereka selesaikan dan apakah keperluan mereka yang masih belum dapat dipenuhi. Langkah seterusnya adalah membangunkan produk atau perkhidmatan yang tepat untuk menyelesaikan masalah dan memenuhi keperluan pelanggan sasaran itu. Ini membolehkan perniagaan baru tersebut untuk fokus kepada pasaran yang belum diberikan tumpuan. BUSINESS RICHES ARE IN THE NICHES
Ada panduan-panduan yang boleh digunakan untuk menentukan pasaran mana yang harus dipilih dan peluang mana yang harus diberi fokus. Ada juga cara bagaimana untuk mengenalpasti peluang yang harus diterokai. Ia memerlukan pengunaan PTT (Proses, Alatan dan Teknik) ujian yang tepat.
Peserta akan didedahkan dengan pelbagai cara untuk mengenalpasti segmen pasaran yang paling menguntungkan dengan peluang perniagaan yang ingin ditawarkan. Mereka akan diajar bagaimana untuk menjalankan ujian bagi mengesahkan yang mereka berada di jalan yang betul.
Modul 4 - Menjana dan memilih Idea perniagaan
17 Jul 2021 (TBC) | DAFTAR SEKARANG >
Idea sesuatu perniagaan itu merupakan pemikiran atau andaian awal tentang cara untuk membina produk atau perkihdmatan yang boleh menyelesaikan masalah atau memenuhi keperluan sesuatu segmen pasaran sasaran. Ia juga meliputi pemikiran awal akan bagaimana untuk membina perniagaan daripada sesuatu idea. Ini dinamakan IDEA PERNIAGAAN.
Terdapat banyak cara untuk menjana sesuatu idea perniagaan. Cara yang popular digunakan ialah Brainstorming. Carabetul lebih suka menggunakan pelbagai kaedah untuk menjana idea perniagaan.
Idea perniagaan harus memberi tumpuan kepada memenuhi perkara-perkara yang ingin dilakukan oleh pelanggan, menyelesaikan masalah mereka dan memenuhi keperluan pelanggan-pelangaan segmen pasaran itu. Bagi memastikan idea perniagaan tersebut boleh digunakan, ianya harus jelas dan boleh diterangkan dalam satu ayat yang menerangkan tentang produk, segmen pasaran, perkara-perkara yang boleh dilakukan dan faedah yang ditawarkan kepada pengguna. Ia juga perlu mengenal pasti persaing utamanya. Tetapi Idea perniagaan ini hanyalah satu andian atau hipotesis selagi ia belum disahkan.
Modul ini akan menyediakan peserta dengan PTT yang bersesuaian untuk menjana idea perniagaan dan jenis-jenis ujian yang boleh digunakan untuk mengesahkan nilai bagi idea-idea perniagaan tersebut. Alat yang paling popular untuk mendokumentasikan idea adalah ‘Idea Product Ad-Lib’.
Modul 5 - Membangunkan Ciri-Ciri Produk dan Saranan Nilai (Value Proposition)
31 Jul 2021 (TBC) | DAFTAR SEKARANG >
Pembinaan produk perlu berpandukan kepada andaian-andaian yang dibuat pada langkah-langkah sebelum ini. Pembinaan produk juga adalah hasil dari pelbagai ujian yang dilakukan disepanjang perjalanan sehingga ke tahap ini. Untuk membentuk sesuatu produk, seseorang itu perlu memastikan bahawa produk itu mempunyai ciri-ciri yang akan memberikan manfaat kepada pengguna dan nilai yang diharapkan oleh pelanggan sasaran.
Kaedah Lean Startup dari CaraBetul merupakan panduan yang baik untuk bertukar dari membangunkan produk secara tradisional kepada kaedah yang ‘iterative’ atau pengulangan yang sangat dinamik, dan didorong oleh pelanggan. Ia menggunakan ujian dan eksperimen untuk membantu golongan ‘start-up’ mengelakkan pembaziran masa dan wang membangunkan sesuatu produk yang tidak diperlukan oleh pasaran.
Terdapat pelbagai cara yang boleh diambil untuk memastikan manfaat yang dijanjikan dan nilai yang dicadangkan memenuhi apa yang dijangkakan oleh pasaran sasaran. Carabetul akan menyediakan peserta dengan PTT yang boleh membantu seseorang usahawan itu untuk mencapai matlamat tersebut. Alat yang paling berkesan ialah 'Value Proposition Canvas' (VPC) yang dibangunkan oleh Strategyzer.
Modul 6 - Membangunkan dan Mengesahkan Model Perniagaan (Business Model) dan Plan Pelaksanaan
14 Aug 2021 (TBC) | DAFTAR SEKARANG >
Model Perniagaan atau Business Model merupakan versi ringkas bagaimana perniagaan beroperasi dan menjana wang. Ia perlu dilengkapkan sebelum membangunkan pelan perniagaan.
Business Model Canvas (BMC) adalah satu alat untuk menangkap unsur-unsur utama sesuatu perniagaan untuk mencipta dan menyampaikan sesuatu nilai dari perniagaan itu serta memperolehi ganjaran dari nilai tersebut.
Terdapat sembilan bahagian dalam BMC. Ia menangkap unsur-unsur utama perniagaan yang bermula dengan faedah atau nilai yang dicadangkan kepada pasaran sasaran, bagaimana perniagaan berinteraksi dengan pelanggan dan aliran pendapatan yang dijangkakan. Di bahagian operasi perniagaan pula, BMC menunjukkan sumber yang diperlukan untuk menjalankan semua aktiviti perniagaan termasuk penglibatan bersama rakan kongsi perniagaan. Ia juga menunjukkan struktur kos perniagaan.
Fasa Penerokaan & Penemuan dalam perjalanan seorang usahawan menghasilkan satu Model Perniagaan (Busines Model) dengan BMC. BMC memberikan banyak faedah seperti membantu sesebuah startup untuk menstrukturkan idea perniagaan mereka secara visual dalam satu kanvas. Ianya boleh disempurnakan dengan pantas, kerana ianya bermula dengan hanya menangkap andaian-andaian untuk diuji dan disahkan. Ia memberikan pandangan yang holistik akan sesuatu perniagaan itu dan menjadi dokumen asas untuk perbincangan dan rujukan. Oleh sebab ianya bersifat sementara (sehingga ia disahkan sepenuhnya), ini memberikan kebebasan untuk mengemaskini dan penyerasian maklumat dengan mudah dan cepat.
BMC tidak bertujuan untuk menggantikan Pelan Perniagaan (Business Plan). Ia merupakan pendahuluan kepada Pelan Perniagaan, dimana ia boleh mengatasi kelemahan-kelemahan dalam menggunakan Pelan Perniagaan sebagai alat utama untuk memulakan sesuatu perniagaan.
Carabetul menggunakan Model Perniagaan (Business Model) yang telah disahkan dalam membangunkan Pelan Pelaksanaan. Modul 6 akan menyediakan peserta dengan PTT untuk membuat dan mengesahkan Model Perniagaan menggunakan BMC dan pelbagai teknik ujian.